Monday, 10 December 2018

CERPEN : CINTA DI PUSARA


                                                            Cinta di Pusara

                                                 1985 -Londang Masjid Tanah Melaka




  Zakaria mengayuh basikal ke batu 20...tercungap-cungap.

“Along ada ?’,tanyaku.

“Ada...”jawab di gadis kecil berusia 5 tahun.

“Along ...kawan Along cari’,jeritnya.

  Joe muncul di muka pintu.

“Jom !Kita pergi cari ikan ..”,ajakku.

“Kejap..aku nak mandi”balas Joe dan aku menunggu di luar rumah.

  1997- Kuala Lumpur

“Zurin,belajau rajin-rajin!”,nasihatku .

Zurin hanya senyum.Zurin bersalam dan mencium tangan abangnya,

Johari.

Kali pertama aku melihat Unitar,sebuah universiti yang gah di ibu kota.

                                         1998-Bukit Rambai

“Kau biau betul Zue...?”,tanyaku bila mendapat khabar Zue akan

berkahwin dengan Mus,seorang lelaki kasanova yang terkenal dengan

gelaran Mus Mat Pet.

“Yea.....muktamad”,jawabnya.

Mataku berkaca.Aku mengesat air mata jantan.



                                          1995- Iskandariah,Mesir

“Mak..pinang la Zue..’,pintaku bersungguh.

“Bukan mak tak nak pinang..Zue tu masih sekolah..lagi satu keluarganya

orang berada..kita ni...”,pantas mak memberikan jawapan.

Aku tidak mampu berkata.Talian diputuskan.

Marah.Geram.Sedih.




                                         1999- Seattle,USA

Zack melihat alunan manusia di jalanan.Manusia amat pantas berlari

mengejar masa.Inilah corak kehidupan insan di kota moden.

“Zack,do u finish your job?’.tanya majikannya Mr Bill,pengurus

Microsoft,sebuah syarikat ternama dunia.

“Not yet sir..”,jawabku terkebil-kebil.

  Zakaria yang dikenali sebagai Zack adalah pembantu menguruskan

perisian di syarikat Microsoft.

“Complete it ASAP!’,arah Mr Bill.

  Fikiran Zack menerawang ....


                                                 2028-Pulang


  Zack melihat jam tangannya.Perjalanan 18 jam dirasakan amat lama.

Sampai sahaja di bumi Melaka,Zack terus singgah perkuburan di mana

kedua ibu bapanya bersemadi.

  “Mak..Ayah ..maafkan Zack sebab dah lama tak ziarah..”,bisik Zack

sambil menyentuh batu nisan pusara kedua-dua ibu bapanya.

  Zack melangkah keluar dan melihat batu nisan sebuah

pusara bertulis “Allahyarhamah Zurin bte Ahmad,1980-2028,Al Fatihah”.

“Zurin??????”,jantungnya berdegup kencang.Benarkah ini ???

Zakaria berlari laju dan dadanya semakin sakit.

                                          1990-SMK Maahad Kota Bharu Kelantan

“Ke hadapan Zurin,abang doakan Zue sihat bersama keluarga

tersayang.Along apa khabar?Bagaimana sekolah?Kirim salam Along dan

mak ayah di sana.Abang sihat-sihat sahaja di sini”.

Zakaria menulis sepatah demi sepatah di dalam poskad dan

melekatkan stem 20 sen.


                                             1993-Bukit Rambai


  Perpindahan ke Bukit Rambai amat menyedihkan setelah

belasan tahun membesar di kampung Londang yang penuh nostalgia.

Kawan-kawan yang sama belajar sejak tabika ditinggalkan.

  Aku melihat Zue semakin membesar sebagai remaja.

“Joe...aku nak jadi adik ipar kau boleh?”gurauku pada satu

petang di pusat snooker.

“Apa la kau ni Zack...Adik aku baru Tingkatan 1...”jawab Johari.

“Ala...nak booking awal”,balasku menjelir.

Johari hanya menghentam bola snooker tanpa mempedulikanku.


                               2000-Los Angeles USA

  Zakaria membelek album lama.Potret kenangan bersama Joe dan

adiknya Zurin.

  Urusan kerja 14 hari di Los Angeles amat membosankan.Walaupun

kota ini bernama ‘Malaikat’ namun sikap penduduknya tidaklah

semalaikat!persetubuhan haram,ketagihan arak,jenayah,malah

pembunuhan berlaku setiap hari.Sikap perkauman dan kesan kes

Rodney King masih belum terpadam.Ada sahaja pergaduhan dua warna

kulit setiap hari.



  Sambil melakukan kerja melalui netbooknya,Zack mengimbau

kenangan lama.


  .........................................................................

  “Tolong...tolong ..kawan saya kena tangkap”,Zack mengayuh basikal

sambil menjerit di pantai Pengkalan Balak.

Zack ketika itu berusia 12 tahun sedang bermain-main di pantai

Pengkalan Balak dan tiba-tiba seorang lelaki tidak siuman

menangkap Johari dan membawanya entah ke mana.

  Zack mengayuh basikal keliling kampung Pengkalan Balak

memanggil orang ramai untuk membantu.Semua penduduk kampung

berkerah mencari sepanjang kampung ,sepanjang pantai .

  Hampir satu jam Johari hilang dan aku semakin bimbang

kehilangan kawan baik .Aku menangis merayu kepada orang kampung.

Hari semakin berlabuh senja.Semakin bertambah jumlah orang ramai

mencari Johari.

  Ketika azan Maghrib semakin dekat.Johari berjaya ditemukan.

Johari mengusap punggungnya seakan kesakitan dan kami

mengayuh basikal pulang ke Londang.

  Johari menangis teresak-esak sambil melajukan kayuhannya.

Aku melihatnya semakin laju dan terus ghaib dari pandangan.

  Aku terus mengayuh laju ke rumah.Hari semakin gelap.

“Kenapa lambat balik adik?”,tanya Ayah.

“Maaf Ayah..tadi Joe kena culik kat Pengkalan Balak”,jawabku

lantas terus ke bilik mandi.

Azan maghrib berkumandang .....


.............................................................................................................................


  “I am unhappy with marriage.Sorry .”

Tulisan di dalam poskad dari Zue amat menimbulkan tanda tanya.

Walaupun tanpa nama dan alamat,aku amat kenal tulisan tangan Zue.

Apa yang perlu ku balas?

Terus ku simpan poskad dalam laci dan tidak mahu membalasnya.

Mataku merembes.


...............................................................................................................................

                  “Dia buat apa?”,tanyaku.

Johari tak menjawab.Seakan sembunyikan sesuatu.Kami amat rapat

di sekolah.Sejak tadika,kami bermain dan makan bersama.

Aku tidak mahu meneruskan pertanyaan.Biarlah rahsia.Namun aku

amat sedih,kawan baikku diculik di Pengkalan Balak kelmarin.

  Aku melihat wajah Johari seakan menahan kesakitan.Hari isnin

persekolahan tidak seceria seperti biasa.Aku cuba memujuk.

“Joe...jangan fikir lagi hal kelmarin.Jom kita main bola?”,pelawaku.

Johari hanya mendiamkan diri,tidak menjawab dan masih termenung.

Aku tidak pernah menceritakan kepada kawan-kawan,hatta ibu bapa

Johari pun tidak tahu.Aku simpan rahsia ini dalam hati.

Aku tidak mahu Joe berasa sedih dan takut pergi bermain lagi.

..............................................................................................................................

  
  “Zack,kenapa kau nak ke Amerika?’,tanya Joe.

Zack hanya membisu dan mengemaskan barang-barang penting dan

pakaian.

“Hurt.Realy hurt’,balasku .

Joe tidak memahami jawapan temannya.



..................................................................................................................................

  6 bulan Zack tidak ke sekolah sebab tangannya patah.Setiap

cuti sekolah hujung minggu,Joe datang ke rumah Zack dan bermain.

“Cepatlah sembuh..bosan la kat sekolah kau tiada”,kata Joe.

“Aku pun rindu sekolah ..tapi tangan aku belum sembuh,”balas Zack

menunjukkan tangan kirinya bersimen.

..................................................................................................................................

  Zack melihat jam.Hampir sejam Joe tidak muncul.

“Mana pula Joe ni?”,bisik hatinya.

Tiba-tiba Joe muncul.

“Kenapa kau lambat sangat ni?”,marah Zack.

“Ala..aku kena jaga adik aku..sorry la lambat”,balas Joe.

  Kami berdua menunggu di belakang Tabika Londang.Sebuah

kereta muncul dan dua kanak-kanak melambai-lambai.

“Bunga dah sampai...”,kata Joe.

  Kertas kapal terbang dilayangkan.

“Nama saya Merlina bte Baharom,,hobi saya bermain dan tinggal di

Hilir Garden Melaka”.

Zack dan Joe membacanya bersama.

Zack dan Joe ketawa membaca warkah dari seorang kanak-kanak

perempuan berusia 9 tahun.

  Itulah rutin Zack dan Joe pada hari Sabtu dan Ahad.Cuba mengurat

adik beradik bernama Merlina dan kakaknya Maria.

  Alam persekolah menengah bermula dan tinggallah kenangan ...

Tiada lagi kelibat Merlina dan Maria.Masa memisahkan kami.


.............................................................................................................................



 “Abang Zack..kenapa abang suka kat saya?”tanya Zurin.

“Abang kan tiada adik perempuan..yang ada kakak dan abang sahaja.Abang

kan anak bongsu,”jawab Zack jujur.

“Tapi abang mana boleh suka kat saya?”,balas Zue.

“Kenapa tak boleh?Salah ke lelaki minat perempuan?”,jawabku.

Zue tersenyum.

Pipi comelnya menawan kalbu.

  Apabila pulang bercuti dari luar negara,Zack cuba meluangkan

masa bertemu Zue di pagar sekolah menengah .Hubungan seakan seorang

abang dan adik,berubah menjadi cinta monyet.

...................................................................................................................................



  “Aku terima nikahnya Zurin bte Ahmad dengan mas kahwinnya

RM99 tunai..”.

  Ketika Mustapa melafazkan akad nikah,Zack telah terbang ke

Amerika.Membawa hatinya ke negara Uncle Sam.Tidak menyangka

Zue memilih Mustapa,pilihan ibu bapanya sebagai suami.

................................................................................................................................







  “Abang janji sebelum kahwin ,akan buang semua ganja,ketum dan

benda haram tu.Tapi kenapa dah 5 tahun berkahwin,masih

ambik benda tu?”,Zue membentak memarahi suaminya.

“Pangggggg!!!!”,Mustapa melempang isterinya yang sedang sarat

mengandung anak kedua.

Zue menangis teresak-esak dan memangku anak sulongnya .

Enjin kereta dihidupkan dan terus pulang ke rumah ibu bapanya.

  “Sekarang salah siapa?Mak ayah tolak pinangan Zack,kononnya

dia keluarga miskin,tiada masa depan...”.Zue meluahkan perasaannya

bila sampai di rumah ibu bapanya.

  Ibu bapanya hanya berdiam diri dan memujuk anaknya agar

pulang semula ke rumah suami.

  “Isteri mana boleh tahan mak,ayah...Setiap hari kena pukul

terajang...Sejak berkahwin,dadah adalah makanannya.Bukan Zue

sahaja jadi mangsa, along yang masih kecil pun dipukulnya.”

Zue memanjangkan cerita.


  
  Perkahwinan atas pilihan ibu bapa membawa kesengsaraan dan

penderitaan kepada Zurin.Sudahlah penat menguruskan perniagaan,

bebanan bertambah dengan sikap suami yang tidak bertanggungjawab.

Tidak pernah bekerja sejak berkahwin,malah penjagaan anak-anak

diserahkan sepenuhnya di bahu Zurin.

  Perkahwinan terpaksa bertahan demi anak-anak yang masih kecil.

Akhirnya ...

  “Mahkamah memutuskan cerai taklik talak satu antara Zurin bte

Ahmad dan Mustapa bin Ali”.

  Betapa leganya Zurin.Setelah 19 tahun hidup dengan air mata

dan kesakitan,mahkamah melepaskan bebanan.Hak penjagaan anak-anak

dipikul Zurin kerna bekas suaminya tidak bekerja dan menagih dadah.












          Zurin kini bebas.Tidak pernah malu bergelar janda dan ibu

tunggal kepada 4 cahaya mata.

.................................................................................................................................

  “Mama..who is uncle Zack?”,Syakirah,anak sulong Zurin

melontarkan soalan pada satu petang.

“Owh..he is your Pak Long best friend..living USA”,Zurin menjawabnya.

Matanya mula berkaca.

  Lalu dikeringkan air matanya.Syakirah tidak mahu meneruskan

persoalan pabila melihat mamanya bergenang.

“Mama...bila la kita dapat jalan-jalan Amerika?”,tanya Syakirah

yang dipanggil Kakak.

“Entahlah kakak...tiket pergi balik pun dah RM8000....bukan murah

melancong ke sana,”balas ibunya .

  Kehidupan Zurin setelah bergelar janda lebih membahagiakan.

Tiada lagi kelibat lelaki kaki pukul,pemabuk dan penagih.Cukuplah

19 tahun penderitaan.









  Tanggungjawab sebagai ibu tunggal bukan perkara mudah.Setiap hari

menghantar 4 anak ke sekolah,menguruskan perniagaan ,hadir aktiviti

masjid dan pelbagai lagi urusan perlu dilakukan sendirian.

  Ramai lelaki terdiri dari bujang,duda hatta suami orang

cuba memikat Zurin.Namun kegagalan perkahwinannya menyebabkan

Zurin serik untuk berkahwin lagi.

  Zurin mahu menumpukan perhatian membesarkan anak-anak dan

mendidik mereka menjadi insan berguna dunia dan akhirat.

      Jika dahulunya Zurin hanya bertudung ala kadar,selepas perceraian ,Zurin kini 

berpurdah dan ianya lebih selesa.Waktu malam dihabiskan dengan menghadiri kuliah 

maghrib di masjid dan surau berdekatan.

................................................................................................................................

                                    2028-Melaka

  Kebiasaan malam Jumaat,Zurin akan membaca surah Yaasin,Al-Kahfi

bersama anak-anak di rumah.Namun malam ini Zurin menambah satu

surah lagi iaitu surah Al -Waqiah .

  Setelah membaca surah Al-Waqiah,Zurin memeluk keempat anak

dan mencium kesemua mereka.

Zurin membuka diari setelah anak-anak lena dibuai mimpi.

“Anakku..andainya mama pergi,tunaikanlah wasiat mama.Mama

telah mendaftar derma organ dan maklumkan kepada pihak hospital.

Kedua,jangan adakan kenduri arwah,cukuplah sekadar mendoakan mama.

Ketiga,berusahalah menjadi insan soleh dan solehah dan jangan sesekali

memutuskan silaturrahim dengan ayah kandung kalian.Siapa pun dia,

dia adalah ayah kandung kalian.Tolong maafkan segala kesalahan dan

kesilapan mama sepanjang kalian bersama mama.Mama sayang semua.”

  Zurin menutup diari dan memulakan solat tahajud dan hajat.

Matanya berkaca berdoa amat panjang,seakan tahu inilah malam

terakhir ....



...............................................................................................................................




              Ketika Zakaria berada di pintu perkuburan,dia melihat kelibat

seorang kanak-kanak dan 3 remaja masuk ke kubur dan mereka

pergi ke kubur di mana tertulis nama Zurin bte Ahmad.

  Zakaria memberanikan diri melangkah semula masuk ke kawasan

perkuburan dan merapati mereka.

“Assalamualaikum”,sapa Zack.

“Waalaikumsalam....”jawab mereka serentak.

“Maaf ..pakcik nak tanya..ini pusara siapa?” tanya Zack.

“Ibu kami,meninggal dunia kelmarin akibat kemalangan.Pagi tadi dikebumikan”,jawab 

Syakirah sambil mengesat air mata.

“Apa nama ayah kamu?’,tanya Zack lagi.

“Mustapa ....”,balas Syakirah.

  Jantung Zakaria berdegup kencang.Matanya berpinar dan rebah.

Pihak hospital dihubungi dan paramedik pun sampai.

Zakaria disahkan meninggal dunia dan dikebumikan di sebelah pusara

Zurin.

  Zakaria membawa cintanya ke pusara ...............

                                                                           ~ TAMAT~





                               Cerpen ini tiada kaitan dengan mana-mana individu yang masih

hidup atau telah meninggal dunia .Jika ada persamaan nama ,lokasi

dan kisahnya,ia hanyalah KEBETULAN.





                                                  Copyright@PokTeh 2019-9099 Masehi


No comments:

Post a Comment